Pages

errrmmmm...

errrmmmm...

Sunday, November 14, 2010

Lelaki itu aku....

~~LELAKI ITU AKU~~
Lama sudah aku perhatikan rentetan hidup dya...Dari dulu hingga sekarang..Tak dinafikan banyak yang berbeza..banyak yang dah lain...dulu dya tak terurus...Hidup bertongkat "alang"...asal boleh je...mana ada nak pikir tentang kemajuan...Maklumla owg hati tgh kecewa..Langsung tak penah nak cuba jadi lebih baik...Lama dya hidup macam tu,,sehingga aku sendiri merasakan dya mmg akan slamanya trus begitu...Tapi aku bukan tuhan,bukan aku yang menulis takdir.Aku cuma si pemerhati..Jadi aku terus memerhati..Makin lama dya makin tak terurus...sehingga la suatu hari dya mengambil keputusan untuk behijrah dari situ...Bagi nya tiada apa lagi yang dya dapat tumapang disitu...Kawan² menjauhkan diri..Sedara mara buat pekak dan tuli...Kekasih hati...???Lagi la jangan nak mimpi...Lalu dya pun berlalu pergi...
Tanpa dirancang dya tercampak ke Pulau Lagenda Si Mahsuri...Disni hidup tetap menumpang ihsan owg..dya termanggu sendirian..Dan aku pula hanya trus memerhati..
Di pulau ini secara tidak sedar ada terbit secalit keinsafan dalam diri dya...Dya mula terpikir "sampai bila"...sampai bila harus dya terus menghukum jiwa hanya dek terluka kerna cinta.Maka dya pun berazam untuk cuba berubah.
Dengan seribu kepayahan dya memulakan langkah utk cuba merubah masa depan…Berkat keasabran dan kesungguhan hari demi hari dya semakin yakin dengan dirinya.Luka lama semakin dya lupakan.
Kini dya mula mampu tersenyum..senyum yang penuh dengan ceria...Jauh dya buang rasa untuk mencari cinta..baginya kini dya tenang n hepi dengan apa yang dya ada...
Tapi dya juga seperti aku..bukannya si punulis takdir...bukan kami yang tentukan apa bakal mendatang...
Akhirnya setelah sekian lama dya megunci rapat pintu hatinya..secara tiba² dan secara tak sengaja hati kecil dya seakan tertarik pada cinta..Termenung dya sendirian..Akal yang waras minta cinta tu dijauhi..tapi sekeping hati yang sepi pula meronta² untuk mendekati...
Dya didalam dilema..macam² bermain di pikirannya saat itu...Malu segan takut teruja cemas kelu resah gembira n macam² lagi...Semua tu wat dya jadi semak...
Lama dya cuma mencari kesimpulan...akhirnya dya membuat keputusan...Dya harus adil dengan hati sendiri..Tak salah andai diberi ruang pada hati ini untuk kembali menyayangi..Walau pun dya sendiri blum pasti samada sigadis akan sudi atau tidak dya tetap dengan keputusannya...Andai salam dihulur tak diterima dya dah besedia untuk pasrah......
Aku teruja dengan keputusannya...Nampaknya DYA dah kembali..dah sekian lama aku perhatikan dya..Hampir 5tahun dya kalah dalam hidup...kalah tanpa cuba untuk bangun melawan..Tapi hari ini dya berbeza..Hari ini dya telah buktikan takdir itu mampu dicipta...
Lalu sigadis itu pun dya dekati...Makin hari gadis itu makin dya kenali, senangi,sukai, dan lantas gadis itu mula dya rindui... Setelah sekian lama kini dya dengan jujurnya mengakui bahawa dya TELAH JATUH CINTA LAGI....
Tapi semua tu tak semudah yang disangka..Dalam usaha mencuri hati si gadis dya tak sedar yang semakin hari dya makin melukakan hatinya sendiri..Si gadis punya sekeping hati yang lebih keras dari besi..Sampai kan ada ketikanya dya terasa seperti sedang diperbodoh oleh gadis yang dya damba...Sikap si gadis umpama misteri..terlalu sukar untuk menduga dan untuk di mengerti..Hampir saja dya berputus asa..Tapi dah alang² menduga..biarlah sampai terluah segalanya..
Kemudian dya tahu...sigadis ada cerita duka..duka yang amat terkesan di jiwa..Teresak dya sendirian disaat dya tahu suma itu..Teresak bukan kerana kecewa bunga yang dipuja telah hilang madunya...Tapi teresak kerana dya terlalu marah dengan diri sendiri kerana tak dapat menyelami luka gadis yang dya cinta..Malunya dya pada diri sendiri...Malu kerana menyangka si gadis mempermainkan luahan isi hati nya..Rupanya itu semua ada sebabnya..Mulianya hati sigadis..sggup dia melawan perasan cinta yang sememangnya kian berbunga demi tidak mahu melihat si pemuja kecewa n malu di hari muka..Bagi sigadis dirinya tak layak lagi untuk sesiapa...tak layak lagi untuk menikmati cinta...
Tetapi ternyta tanggapan si gadis tu jauh terpesong dari pemikiran lelaki itu...Bagi lelaki itu…layak atau tidak si gadis menikmati cinta bukan dapat ditentukan oleh gadis itu sendiri…Dya yg menyinta n dya yang memuja maka dya lah yang tentukan segalanya…
Si lelaki dengan bersungguh meyakinkan si gadis bahawa dya menerima si gadis dengan seadanya...dan dya juga berharap si gadis juga akan dapat menerima diriny dengan sepenuh jiwa...kerana si lelaki sedar di dunia ini semua insan punya cerita silam sendiri...tak kira la ianya kisah duka atau derita...dan sebagai insan mereka tak dapat lari dari kenyataan itu...apa yang perlu mereka lakukan ialah terus mencipta masa depan yang lebih membahgiakan dan terus tinggalkan masa silam yang memeritkan...
Setiap hari lelaki itu tak penah jemu untuk buat gadis itu tersenyum riang..walau adakalnya sampai membeban diri sendiri tapi dya tetap sembunyikan semua tu..bagi dya apa yang penting buah hati nya akan terus tersenyum gembira...
Semakin hari hubungan mereka semakin sempurna...Aku yang memerhati dari jauh turut sama tumpang bahagia..Cinta mereka penuh dengan segala rasa...suka duka gembira sedih marah rajuk n manja...Si lelaki la yang paling gembira...baginya dya da ketemu dengan insan yg mampu membahgiakannya....Dengan gadis itu dya jadi tabah dan berjaya dalam membina hidup yang sempurna..dengan gadis itu dya dapat kongsi segala resah dijiwa...Pendek kata bagi dya Si gadis adalah yang PALING SEMPURNA....Namun masih ada sesuatu yang menghantui fikiran lelaki itu…Lelaki itu tau bahawa si gadis masih lagi terbayang kisah silam nya yg memeritkan itu…Dya juga sedar ada tikanya terlintas di hati si gadis bahawa mungkin dya juga hanya ingin menambah luka lama itu...Tapi demi allah...demi ibunya... tak penah terniat untuk permainkan gadis itu...apa yang ada dalam fikirannya hanyalah untuk menyayangi gadis itu dengan sepenuh hatinya....
• Lalu pada suatu malam dya cuba meluahkan sesuatu...Niatnya cuma untuk mamastikan samada sigadis bahagia atau tidak berdampingan dengannya.Dan dya juga ingin tahu adakah si gadis mmg telah MENYINTAINYA dengan sepenuh JIWA TANPA TERKENANG LAGI KISAH SILAM YANG MENYIKSA JIWA….
Tapi si gadis dengan tega menjawap..."Cinta...??Apa...??Kerana cinta la aku jadi camni"...Lelaki itu terkelu..Niat baiknya disalah tafsir..Si gadis munuduh lelaki itu masih ragu² dengan cintanya..Tanpa diberi ruang untuk membetulkan keadan si gadis mungungkapkan "Lupakan apa yang penah berlaku diantara kita.."...
Tapi mujur...Selama mengenali gadis itu lelaki ini telah menjadi seorang yang SANGAT² penyabar..Dya tak mudah melatah denngan apa yang berlaku walau hakikatnya hati sendiri terusik...Dengan rasa rendah diri dya trus memujuk..Tanpa jemu dya cuba menjelaskan niat sebenar...Tapi si gadis tetap seperti selalu...terus menyepi dengan ego sendiri...
Lalu lelaki itu bertanya pada diri sendiri..."salahkah aku ini andai aku ingin kepastian bahawa aku telah berjaya menghapus luka dihati nya atau tidak...Salahkah andai aku beterusan bertanya adakah aku ini CINTA kamu kerana aku sendiri tak pernah jemu mungungkapkan kata² itu...Salahkah andai aku nak pastikan tiada lagi kisah silam yang menghantuinmu....Salahkah...??""..... “Bukan niat aku untuk meragui..aku Cuma ingin kau mengerti betapa aku tak sggup utk mendengar keluhannya setiap kali kamu terkenangkan sejarah lama...Aku tak sggup kerana aku terlalu sygkan kamu..Aku mahu kamu lupakan semua itu...aku mahu dirimu bahagia sebahagianya...”..lelaki itu teresak sendirian....
Aku turut sama hiba..Sebagai pemerhati aku tak sebelahi sesiapa..Kedua²nya ada alasan tersendiri..Si lelaki bertanya kerana dya inginkan yang terbaik buat si gadis...Dan si gadis pula merajuk dan marah kerana terasa seakan² lelaki itu belum mempercayainya.Bagi aku dua² sama ja..
Kadang² lawak plak aku tgk dowg berdua ni...bagi aku dowg pasangan yang manja n comey sgt²...Sayang la kalau dowg tak dapat cari jalan penyelesaian untuk huraikan malasah yang menimpa...
Hari ini...aku tgk si lelaki tak keruan..apa yang dibuat segalanya tak kena...aku tau dya resah n dya rindukan gadisnya...Tapi aku juga tau yang lelaki itu takkan memujuk lagi kerana dya malu dengan dirinya sendiri...Malu kerana,dya saban hari berikrar utk wat si gadis gembira..tapi hakikatnya dya yang sering lukakan hati gadis itu...Walau pun apa yang dya buat adalah atas dasar rasa sayang yang mendalam tapi langkah yang di ambil sering mungundang gelora..Dya jadi buntu sekarang...
Kini segalanya dya serahkan pada Azawajala...dya yakin...dya yakin dengan cinta yang ada dalam diri dya..Kini dya lepaskan cinta itu pergi KERANA JAUH DI SUDUT HATI NYA DYA YAKIN CINTA YANG ABADI PASTI AKAN KEMBALI....Kini dya hanya menanti.....
Kembalilah....Kerana lelaki itu adalah aku.....